Langkah-langkah pengajaran Prasekolah dan Tahun 1


Masa / Langkah/ Isi pelajaran
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan
Set Induksi
5 minit

Sesi soal
jawab

     - Guru membawa masuk satu kotak yang berisi 5 jenis sayur-sayuran
1.      Timun
2.      Terung
3.      Sawi
4.      Kangkung
5.      Kubis
      - Guru bertanya kepada murid-murid apa yang   
       ada didalam kotak ajaib ini.
      -Murid menjawab dengan pelbagai jawapan  
      -Guru meminta beberapa orang murid untuk  memasukkan tangan ke dalam kotak dan merasakan apa yang ada di dalam kotak ajaib.
     -   Murid menyuarakan pendapat mereka tentang apa yang mereka sentuh dalam kotak ajaib tersebut.
     - Guru mengeluarkan sayur yang terdapat dalam kotak ajaib satu persatu.


Perkembangan sosioemosi

Perkembangan motor halus

Kemahiran manipulatif
 ABM
     -Kotak
     - Terung
     - Timun
     - Kubis
     - Sawi
     - Kangkung
     - Kain penutup mata

Langkah 1
Mengenal jenis sayur-sayuran

10 minit


Mengelaskan sayur-sayuran mengikut jenis sayur.
     - Guru menunjukan 5 jenis sayuran dan menerangkan kumpulan sayur-sayuran tersebut
1.      Kumpulan Sayur Daun
Ø  Sawi
Ø  Kangkung
Ø  Kubis
2.      Kumpulan Sayur Buah
Ø  Timun
Ø  Terung Panjang
·        -Murid mendengar dan memberi gerak balas terhadap aktiviti pengajaran.
     -Guru menyediakan dua ruangan untuk mengasingkan jenis sayur-sayuran. 
     -Guru meminta murid menampal gambar sayur     mengikut kumpulan sayur-sayuran.
     -Murid menampal gambar sayur-sayuran mengikuti kumpulan sayur-sayuran dengan betul.



Perkembangan sosioemosi


Perkembangan motor halus

Kemahiran manipulatif

ABM
      -Kad gambar sayur- 
       sayuran
      -Papan tulis
      - Blue tik.

Langkah 2
Menamakan  Sayur-sayuran

5 minit


Melabelkan nama sayur-sayuran
     -Guru menunjukan kad gambar. Gambar sayur-sayuran
     -Guru menunjukan kad gambar perkataan nama sayur-sayuran.
     - Guru mengeja dan membunyikan nama sayur-sayuran
Ø  sa +  wi = sawi
Ø  kang + kung = kangkung
Ø  ku + bis = kubis
Ø  ti + mun = timun
Ø  te + rung / pan+ jang = terung panjang
     - Murid mengikut guru membunyikan dan mengeja nama sayur-sayuran
     - Guru menunjukan gambar sayur dan menyebut nama sayur-sayuran. 
          - Murid mengikut guru menyebut nama sayur-sayuran.
     - Guru menampal gambar sayur-sayuran pada papan dan meminta murid menampal kad perkataan sayur-sayuran dengan betul.
     -Murid menampal kad perkataan sayur-sayuran pada gambar sayur dengan betul.


Perkembangan sosioemosi

Perkembangan motor halus

Kemahiran manipulatif

Pengelasan

ABM
      -Kad gambar sayur
     - Kad nama perkatan sayur-sayuran
     - Papan tulis
     - Blue tik
     -    Pen maker

Langkah 3
Mewarnakan

25 minit


Mewarnakan gambar sayur-sayuran mengikut kretiviti masing-masing

    - Guru menunjukkan sebatang pensel warna berwarna ungu dan sekeping kad berwarna hijau di hadapan kelas lalu murid nyatakan jenis-jenis sayur mengikut warnanya.
     - Murid memadankan kad sayur mengikut warna yang ditunjukkan.
     - Guru mengedarkan gambar sayur-sayur dan mengarahkan murid-murid mewarnakannya mengikut daya kreativiti masing-masing.
     

Perkembangan sosioemosi

Perkembangan motor halus

ABM
     -  Gambar sayur- 
       sayuran
     - warna

Langkah 4 
Menanam sayur taugeh

10 minit


Menyemai biji kacang hijau
     - Murid dibahagikan kepada lima kumpulan dan guru menerangkan cara menyemai biji benih kacang hijau.
     -Murid mendengar penerangan guru dengan penuh perhatian.
     Ø  Langkah-langkah menyemai benih kacang hijau.
1.      Guru menyediakan bahan-bahan untuk setiap kumpulan.
2.      Murid mencelup kapas ke dalam air yang disediakan.
3.      Murid meletakkan kapas yang basah ke dalam kotak telur..
4.      Murid memasukkan biji benih kacang hijau di atas kapas yang basah.
5. Murid meletakkan kotak telur di tempat yang bercahaya.
(Selepas beberapa hari guru akan membawa murid melihat hasil semaian tersebut. – sayur taugeh.)



Perkembangan sosioemosi

Perkembangan motor halus

Perkembangan kerohanian dan moral

ABM
      -   Kacang hijau 
      -Kotak telur 
      -Air
     - kapas
Penutup

5 minit

Menyanyi
     - Guru memaparkan lirik lagu "Mari Tanam Sayur" kepada murid-murid.
     - Guru mengajar murid membaca seni kata lagu.
     - Guru mengajar murid-murid menyanyi lagu dengan intonasi dan pergerakan yang sesuai.
     - Murid meniru dan melakukan gerakan yang dilakukan oleh guru.
     - Murid menyanyi lagu sambil melakukan gerakan dengan bimbingan guru.
     - Guru memberi galakan tepuk tangan kepada semua murid.
   
Senikata lagu Mari Tanam Sayur

Marilah kawan, kita tanam sayur
Sayur kita segar, di atas tanah gembur

Di atas tanah gembur, baja kita tabur.
Sayur hidup subur, kita pun rasa syukur.

Can mali can hoi-hoi x2
Can mali can mari kita berkebun
Can mali can hoi-hoi x2
Can mali can marilah tanam sayur.



Perkembangan sosioemosi

Perkembangan motor halus

Kerohanian dan moral

ABM
senikata lagu dan laptop


Ulasan/ catatan :

No comments:

Post a Comment